Semua ahli Parlimen perlu akur letak jawatan, terpulang kepada Idris - Ahmad Said - Utusan Malaysia

Semua ahli Parlimen perlu akur letak jawatan, terpulang kepada Idris – Ahmad Said

AHMAD SAID dan IDRIS JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan UMNO negeri menyerahkan kepada Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Felda. 

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, semua ahli Parlimen perlu akur kepada arahan yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) dan tidak sepatutnya perkara itu dilengah-lengahkan. 

“Terpulang kepada beliau (Idris), UMNO negeri tidak mengeluarkan arahan sebab Pusat sudah memutuskan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Contohi apa yang dilakukan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang terus meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli apabila UMNO memutuskan menarik diri. 

“Ini baru betul, masa parti susah kita susah bersama, kalau senang kita senang bersama,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengagihkan bakul makanan kepada pengayuh beca dan pemandu teksi di pekarangan Pejabat UMNO di sini hari ini. 

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak mempertahan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya