Selangor majoriti kluster tempat kerja; Kelantan pula kluster komuniti - Utusan Malaysia

Selangor majoriti kluster tempat kerja; Kelantan pula kluster komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kluster tempat kerja terus mencatatkan pertambahan dan menjadi majoriti keseluruhan iaitu 23 daripada 42 kluster Covid-19 hari ini, diikuti 15 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan manakala kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan, masing-masing satu kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi negeri terbanyak bagi kluster tempat kerja iaitu 10 kluster, empat di Pulau Pinang, Kelantan dan Perak, masing-masing tiga kluster, dua di Johor dan satu di Pahang.

“Bagi kluster komuniti, Kelantan terus menyumbang kluster terbanyak iaitu enam kluster diikuti tiga di Sarawak, dua di Johor manakala Kedah, Pahang, Selangor dan Terengganu, masing-masing satu kluster.

“Kluster pusat tahanan pula disumbang dua di Kedah manakala kluster kumpulan berisiko, satu di Johor dan Kluster keagamaan, satu di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 22,948 kes berbanding semalam, 22,242 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 21,720 kes dengan 178 kematian dicatatkan dan 1,060 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 528 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 255,534 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,175 kes diikuti Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229) dan Sarawak (1,206).

“Empat negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621) dan Negeri Sembilan (556).

“Hanya satu negeri dan Wilayah mencatatkan kes dua angka iaitu Perlis (42) dan Putrajaya (26) manakala Labuan (9),” katanya.

Mengulas mengenai 178 kematian baharu, beliau berkata, Selangor terus kekal penyumbang terbanyak iaitu 65 kes, 36 kes di Johor, 23 kes di Kuala Lumpur, 11 kes di Sabah, masing-masing lapan kes di Pulau Pinang, Pahang, dan Melaka, lima kes di Kelantan,
masing-masing empat kes di Negeri Sembilan, Sarawak dan Terengganu, serta masing-masing satu kes di Kedah dan Perak.

“Kematian melibatkan 109 lelaki dan 69 perempuan dengan 23 warga asing, 35 kematian di rumah termasuk sembilan warga asing dan 146 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya.

Dalam perkembangan 22,948 kes positif, Noor Hisham berkata, 17,981 kes bersamaan 78.4 peratus daripada jumlah kes hari ini, tiada atau tidak lengkap divaksinasi.

“Sebanyak 457 kes bersamaan 2.0 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 22,491 kes bersamaan 98.0 peratus adalah kategori satu dan dua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya