Selangor gigit jari, UiTM berpesta gol - Utusan Malaysia

Selangor gigit jari, UiTM berpesta gol

PARA Pemain Selangor hampa selepas rembatan deras pemain tengah dari Filipina Manuel Ott menerjah jaring untuk mengikat kedudukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jaringan pemain tengah dari Filipina Manuel Ott pada minit terakhir babak kedua menyekat hajat Selangor untuk meraih tiga mata di laman sendiri selepas mengakhiri perlawanan Liga Super dengan keputusan 1-1, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Red Giants terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-18 menerusi penyerang muda Myanmar Hein Htet Aung yang memanfaatkan lorongan cantik Ifedayo Olusegun.

Ketika Selangor hampir meraih tiga mata, namun rembatan deras Manuel menghampakan skuad kendalian Karsten Neitzel.

Sementara itu, di UiTM FC berpesta gol dengan membelasah Sabah 4-0 di Stadium UiTM, Shah Alam.

Pesta gol skuad kendalian Reduan Abdullah bermula seawal minit ke-15 menerusi gol hasil sepakan penalti yang disempurnakan pemain import dari Korea Selatan Kwon Yong-hyun.

Dua minit kemudian tuan rumah menggandakan kedudukan hasil ledakan penyerang dari Brazil Joel Vinicius untuk meletakkan UiTM selesa menamatkan babak pertama dengan kelebihan 2-0.

Bersambung babak kedua, pemain pinjaman daripada Kuala Lumpur City Sean Giannelli mencipta sensasi dengan menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-69 dan 66 sekali gus menghadiahkan kemenangan kedua buat UiTM pada musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya