PETALING JAYA: “Tidak kira apa jua situasi, MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan agensinya akan terus menyokong komuniti Industri tempatan dan asing di Malaysia”.
Demikian jelas MITI melalui Facebook terhadap situasi politik semasa negara.
Dalam hantaran lain, MITI dan agensinya mengucapkan selamat m,aju jaya kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas segala sumbangan dan bimbingan sepanjang tempoh bersama kementerian itu.
“Semoga Datuk Seri dan keluarga sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT,” jelas kementerian itu.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinet meletakkan jawatan.