“Saya tidak menangis tapi awak!” - Lily Collins - Utusan Malaysia

“Saya tidak menangis tapi awak!” – Lily Collins

Lily (kiri), Ashley (kanan) di set penggambaran terakhir drama siri komedi romantik Emily In Paris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Aktres jelita, Lily Collins meluahkan rasa keterujaan dan kegembiraan tidak terkata sebaik saja habis menjalani penggambaran drama Emily In Paris, hari ini.

Tambah pelakon yang membawa watak Emily itu, tiada coretan lain selain mengungkapkan ucapan penutup di samping rakan baiknya dalam drama itu, Ashley Park.

“Hari ini penggambaran terakhir dan tidak dapat saya bayangkan macam mana untuk menzahirkan rasa ini dengan lebih sempurna bersama teman akrab saya dalam drama ini. Saya tidak menangis tapi awak mungkin!,” tulisnya di Instagram.

Menjengah akaun IG produser tersohor, Andrew Felming memuat naik gambar menyaksikan Lily dan Ashley serta set penggambaran di studio dengan kapsyen penutup bagi drama itu.

“Dan itulah dia, wrap (Terminologi habis penggambaran) untuk siri kedua. Satu pengalaman pengembaraan yang gila dan menarik. Berlinangan air mata Lily dengan Ashley,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rakan artis dan peminat tegar drama itu membanjiri dengan ucapan tahniah serta melayangkan emotikon keterujaan kerana tidak sabar untuk menyaksikan siri kedua nanti.

Sebagai informasi, drama siri komedi romantik itu tercalon pada anugerah berprestij tahunan, Anugerah Emmy 2021 bagi kategori Siri Komedi Paling Menyerlah yang akan dipertandingkan pada 20 September nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya