Saya pun terjebak makan makanan ringan - Kris Dayanti - Utusan Malaysia

Saya pun terjebak makan makanan ringan – Kris Dayanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Penyanyi terkenal, Kris Dayanti, mendedahkan dia juga sama sebagaimana orang lain terjebak mengambil makanan ringan gara-gara kebosanan lama duduk di rumah dalam mematuhi perintah berkurung akibat pandemik.

Menurut Kris, kerana kerap mengambil makanan ringan, berat badannya semakin bertambah dan ia menyebabkan dirinya runsing memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan kembali berat badan idealnya.

“Dari Mac sehingga September 2020, pola makanan agak merunsingkan ya. Iyalah, sekarang zaman kita duduk di rumah dengan istilah bekerja dari rumah (WFH).

“Selama duduk di rumah, saya akui selalu makan makanan ringan. Disebabkan itu, tentulah berat badan saya naik.

“Seharusnya berat badan normal saya di bawah 60 kilogram, tapi naik sehingga 62 kilogram gara-gara banyak makan makanan ringan,”katanya.

Menurut Kris, bagi menurutkan berat badannya, ada banyak cara yang telah dicuba antaranya melakukan rutin olahraga dengan memastikan dua jam sehari diperuntukkan untuk melakukan aktiviti itu.

“Tapi tidak cuma itu sahaja. Saya juga betulkan semula pola pemakanan dengan mengurangkan makanan dan minuman yang mengandungi gula.

“Saya suka berolahraga dan antaranya melakukan wushu. Dalam masa yang sama, saya amalkan juga minuman serat, tidur yang cukup, makan makanan yang berkhasiat. InsyaAllah, semua orang dapat mencapai berat ideal seperti saya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya