"Saya faham, bukan semua orang suka kita" - Dafi - Utusan Malaysia

“Saya faham, bukan semua orang suka kita” – Dafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dikritik, dikecam serta dijadikan bahan jenaka di media sosial gara-gara pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan negara, penyanyi, Dafi, 33, mengaku tidak mengambil pusing akan hal tersebut.

Menurut Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail, bukan sahaja sebagai seorang anak ahli politik, malah, sebagai seorang artis juga dia sudah lama mempersiapkan diri terutama dari aspek mental dan emosi agar tidak mudah tersinggung dengan kelakuan orang.

“Saya bukan harus bersedia tetapi memang sudah bersedia. Bagi saya, dalam hidup ini bukan semua orang akan suka kita begitu juga dengan kita yang mungkin tidak semua orang kita suka.

“Apa saja kritikan selepas ini, saya menerimanya dengan positif sebab semua orang ada pendapat masing-masing. Saya sendiri pun kena sentiasa berfikiran positif, itu penting.

“Lagipun dari dahulu lagi saya jenis tak ambil pusing dengan kritikan atau kecaman. Sejak kecil saya ikut papa. Satu yang saya belajar daripadanya, kita kena sentiasa fikirkan orang lain,”katanya.

Beberapa hari lalu, nama Dafi menjadi trending di Twitter apabila nama bapanya disebut sebagai Perdana Menteri susulan mendapat undian majoriti untuk membentuk kerajaan baharu sejak Khamis.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Ia sekaligus menyaksikan Ismail menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah meletakkan jawatan pada 16 Ogos lalu selepas Ahli Parlimen Pagoh itu hilang majoriti sokongan di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, kata Dafi, dia menaruh keyakinan bapanya mampu menggalas tanggungjawab besar itu dengan baik.

“Juga sebagai seorang rakyat Malaysia, saya yakin papa mampu lakukan yang terbaik. Malah secara peribadi, saya lihat dia seorang yang bekerja keras.

“Kejayaannya sekarang ini adalah hasil kerja kerasnya yang bermula dari bawah. Sejujurnya, hanya saya dan keluarga saya saja tahu betapa dia seorang bapa yang terbaik.

“Begitu juga apabila dia menjadi seorang pemimpin yang inginkan yang terbaik untuk seluruh rakyat,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya