‘Satu kebodohan untuk menulis komen ‘baju tak gosok’ - Imran Ajmain berang dikritik netizen - Utusan Malaysia

‘Satu kebodohan untuk menulis komen ‘baju tak gosok’ – Imran Ajmain berang dikritik netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Imran Ajmain berang apabila hadir segelintir netizen yang mengkritik penampilannya dalam video nyanyiannya di media sosial.

Imran atau nama penuh, Ahmad Imran Ajmain ini menerusi Instastorynya menulis kapsyen panjang meluahkan rasa geramnya terhadap netizen berkenaan.

“Satu kebodohan untuk menulis komen ‘baju tak gosok’ dalam video nyanyian aku.

“Aku punya sukalah, aku nak pergi mana? Berkurung kan. Bekerja dari rumah hampir 500 hari. Beri aku ruang. Aku tak nyanyi, suruh aku nyanyi. Kemudian, komen muka baru bangun tidur lah, baju tak gosok lah.

“Memang aku baru bangun! Tidur pukul 9 malam. Bangun 4 pagi. Tidur pukul 7 pagi bangun pukul 10 pagi. Apa lagi nak aku buat. Gosok baju untuk hiburkan kamu?

Dalam pada itu Imran turut menyindir netizen berkenaan dan meminta mereka membayar sekiranya ingin melihatnya membuat persembahan lengkap dengan berpakaian menarik.

“Bayar! Aku gosok langsir, sarung tilam, baju, tuala untuk tontonan kamu,” tulisnya geram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya