Sanusi enggan dedah pemilik Ford Ranger Reptor - Utusan Malaysia

Sanusi enggan dedah pemilik Ford Ranger Reptor

TULAR gambar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor yang didakwa miliknya tular beberapa hari lalu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor tidak mahu mendedahkan pemilik kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor berwarna biru yang didakwa miliknya tular di media sosial baru-baru ini.

Sebaliknya beliau berkata, orang ramai yang ingin mengetahui pemilik sebenar kenderaan pacuan empat roda itu boleh berhubung dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan maklumat.

Katanya, orang ramai didapati sentiasa mengikuti perkembangannya termasuk melibatkan pembelian kenderaan.

“(Jika) saya ada duit, boleh beli (pacuan empat roda), insya-Allah saya (beli), sampai kereta pun ikut (perkembangan), bukan kereta (harga) juta-juta.

“Saya (jika) nak beli apa pun, insya-Allah, saya beli, yang tak ada duit (untuk beli itu) saya (akan) hutang dari bank (dengan) buat ‘loan’,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Amanjaya Sports Arena di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gambar tular sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor berwarna biru dengan nombor pendaftaran VHA 5000 yang didakwa diparkir di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Jeneri beberapa hari lalu.

Sebaliknya, Muhammad Sanusi berkata, beliau hanya dapat mengesahkan bahawa telah membeli sebuah skuter kaki dan dua buah basikal untuk keluarganya.

“Saya ada beli skuter kaki untuk anak saya satu, boleh pergi amik gambar di Mentaloon (Alor Setar), tapi skuter itu kena ‘kaih’ dengan kaki, yang ‘handle’ tinggi itu.

“Saya ada beli (juga) gerek (basikal), ada beli dua biji (untuk anak saya), mereka naik pusing dalam kawasan rumah. Saya ‘offer’ sapa nak pi amik gambar (basikal dan skuter) saya nak bawa keluar,” katanya.

Pada 18 Julai lalu, Utusan Malaysia melaporkan Muhammad Sanusi telah menjelaskan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam di Pulau Pinang pada Jun lalu.

Sebelum itu, laporan polis dibuat seorang individu selepas gambar yang mendakwa beberapa individu termasuk Muhammad Sanusi memandu uji kenderaan jenis Ford Ranger Raptor di Auto City Juru tersebut ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh tersebar di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya