PETALING JAYA: Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.
Santhara sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, Datuk Seri Nancy Shukri memegang kembali jawatan sebelum ini sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.