Sang Penyu berpesta gol - Utusan Malaysia

Sang Penyu berpesta gol

PEMAIN PJ City bersaing merebut bola dengan pemain Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Terengganu FC (TFC) terus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super selepas membenam Petaling Jaya City (PJ City) 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Beraksi di laman lawan, anak didik Nafuzi Zain bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-13 hasil jaringan Dechi Marcel.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit mencari gol penyamaan namun gagal membolosi benteng Terengganu menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga berakhir babak pertama.

Empat minit sebelum berakhir babak kedua, skuad Sang Penyu berjaya menambah dua lagi jaringan hasil ledakan penyerang dari Brazil David Da Silva pada minit ke-86 sebelum Rahmat Makasuf melengkapkan malam bergaya Terengganu.

Kemenangan itu menyaksikan Terengganu mengumpul 34 mata hasil 10 kemenangan, empat seri dan tiga tewas selepas 17 perlawanan untuk berada di tangga kedua liga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya