Sampah berlonggok: Enam tong RORO ditempatkan di PKRC Chendering

Sampah berlonggok: Enam tong RORO ditempatkan di PKRC Chendering

LONGGOKAN sisa klinikal yang meresahkan penghuni di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering di Kuala Terengganu kerana bau busuk dan masalah lalat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Masalah longgokan sampah di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering di sini kini diatasi dengan penambahan enam tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO) sejak kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak, selain kemudahan tong sampah pihak Radicare (M) Sdn. Bhd. turut  akan menghantar lori kontena ke PKRC berkenaan untuk mengangkut sisa klinikal sampah bagi ditempatkan di Teluk Kalung, Kemaman.

Katanya, sampah di PKRC dikategorikan sebagai sisa klinikal dan proses pelupusan tidak boleh dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Masalah longgokan sampah ini timbul kerana pertambahan jumlah pesakit yang sekali gus menyebabkan kemudahan sedia ada tidak mencukupi bagi menguruskan sisa klinik berkenaan, namun tindakan segera sudah diambil.

“Berdasarkan mesyuarat antara Jabatan Kesihatan negeri dan agensi terlibat pada Selasa lalu, beberapa perkara dikenal pasti bagi menangani isu longgokan sampah berkenaan antaranya termasuk menempatkan enam tong sampah RORO,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sejak seminggu lalu, gambar-gambar longgokan sampah di PKRC UiTM Chendering tular di media sosial hingga rata-rata penghuni merungut ekoran bau busuk dan masalah lalat.

Menurut Alias, pihak Radicare sudah membuat permohonan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menempatkan sisa klinikal berkenaan ke pusat pengumpulan di Teluk Kalung buat sementara waktu sebelum dihantar untuk dilupuskan di Teluk Panglima Garang, Selangor. 

PKRC UiTM Chendering kini menempatkan seramai 1,128 pesakit Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya