Saman Siti Nordiana: Peguam Sam Samin dan Aida G fail pembelaan - Utusan Malaysia

Saman Siti Nordiana: Peguam Sam Samin dan Aida G fail pembelaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemelut tuntutan saman fitnah penyanyi Siti Nordiana terhadap lima individu meruncing apabila peguam kepada Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek Aida G bertindak memfailkan pembelaan ke atas tuntutan saman tersebut.

Perkembangan itu disahkan peguam Sam dan Aida, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang berkhidmat di firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

“Berdasarkan pembelaan yang dimasukkan, pihak defendan keempat dan lima percaya kes ini tidak wajar diteruskan kerana kata-kata yang diadukan Siti Nordiana tidak berbaur fitnah.

“Dakwaan fitnah dibuat Siti Nordiana terhadap anak-anak guam adalah disangkal,” jelas Nurul Hafidzah.

Tegas Nurul Hafidzah lagi, dia beliau tidak menemukan sebarang elemen fitnah menerusi kenyataan atau percakapan anak-anak guamnya.

“Kedua defendan tidak takut kerana mereka berada di sisi kebenaran. Pihak defendan akan berjumpa dengan pihak Siti Nordiana di mahkamah.

“Barisan peguam kami akan memberikan yang terbaik untuk membela nasib defendan-defendan semasa perbicaraan,” katanya lagi.

Siti Nordiana sekitar awal bulan ini telah mengambil tindakan saman berjumlah RM2.5 juta terhadap lima individu termasuk Sam, Aida G, penyanyi Lan Solo dan Isteri, Sheila Hassim serta penyanyi Syura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya