Sains sukan pemacu prestasi Azizulhasni - ISN - Utusan Malaysia

Sains sukan pemacu prestasi Azizulhasni – ISN

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Sukan Negara (ISN) tidak melihat faktor usia Datuk Azizulhasni Awang yang bakal menginjak 36 tahun ketika beraksi di Sukan Olimpik 2024 Paris sebagai batu penghalang dalam mengejar kejayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN, Ahmad Faedzal Md. Ramli berkata, ia sebaliknya mampu memberikan kelebihan buat pemenang pingat perak di Olimpik Tokyo itu berdasarkan pengalamannya yang luas dalam perlumbaan.

“Faktor usia bukan satu batu penghalang kepada kejayaan beliau. Kita ambil contoh pelumba legenda, Chris Hoy dari United Kingdom, beliau berjaya merangkul pingat emas Olimpik pertamanya ketika berusia 28 tahun.

“Ditambah lagi dengan kejayaan back-to-back Azizulhasni dalam acara keirin dan pecut pada Kejohanan Dunia di Berlin pada tahun 2020 membuktikan beliau masih berbisa dan mampu bersaing secara kompetitif pada usia 32 tahun.

“Faktor umur memberi kelebihan dari aspek taktikal di mana kematangan saingan membantu beliau melaksanakan taktikal berdasarkan pengalaman luas dalam perlumbaan.

“Kami sentiasa menitikberatkan aspek pemulihan dan pemakanan bagi membantu mengoptimumkan prestasi beliau mengikut usia beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sains Sukan

Mengulas lanjut, Faedzal berkata, terdapat pelbagai faktor yang memainkan peranan dalam sukan berbasikal trek antaranya aspek teknikal, taktikal dan psikologi.

“Bagi Azizul dan pasukan, kami merancang pelan prestasi dengan menekankan aspek teknikal iaitu aerodinamik, posisi semasa kayuhan, peralatan basikal, pemilihan gear dan persekitaran.

“Taktikal melibatkan cara dan strategi pelumbaaan serta membaca taktik pihak lawan manakala fisiologi melibatkan komposisi tubuh, nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio), latihan di trek serta gimnasium, pemulihan, pemakanan.

“Psikologi pula berkaitan team value, growth mindset, disiplin, komitmen. Setiap elemen ini memainkan peranan penting dan menyumbang kepada prestasi beliau secara keseluruhan.

“Konsep ‘marginal gains’ yang ditekankan oleh pasukan dan atlet dengan mengambilkira aspek ‘attention to details’ telah membantu Azizul dan atlet lain dalam memperolehi adaptasi yang maksimum,” katanya.

Saiz kecil

Dalam pada itu, mengulas berhubung komposisi badan Azizulhasni yang jauh lebih rendah berbanding pelumba Eropah, Faedzal berkata, ‘kelemahan’ tersebut juga mampu memberi kelebihan dalam sukan berbasikal.

“Ia turut juga memberi kelebihan dari segi rintangan angin (drag) di mana saiz fizikal Azizul yang rendah dan kecil menyebabkan ‘frontal surface area’ yang kecil dan drag yang lebih rendah berbanding pesaing yang lebih besar.

“Oleh yang demikian, kami banyak menumpukan dalam mengoptimumkan komposisi otot dan posisi Azizul bagi memperolehi prestasi yang optimum,” jelasnya.

Periodisasi latihan

Mengulas lanjut, Faedzal berkata, perangkaan program periodisasi latihan juga amat penting dalam memastikan atlet memperolehi adaptasi maksimum dan menepati kemuncak tepat pada kejohanan utama.

“Program periodisasi yang merangkumi aspek latihan dan pemulihan penting kerana ia bercirikan individu dan setiap atlet amat berbeza respon kepada latihan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya