Rusia lapor kematian harian Covid-19 tertinggi - Utusan Malaysia

Rusia lapor kematian harian Covid-19 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia semalam mencatatkan kematian harian akibat jangkitan Covid-19 tertinggi untuk hari kedua secara berturut-turut.

Jumlah itu dilaporkan ketika Moscow melonggarkan beberapa sekatan Covid-19.

Data rasmi menunjukkan sebanyak 815 kematian dan 22,277 kes jangkitan Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Rusia sejak pertengahan bulan Jun dilanda gelombang baharu jangkitan Covid-19 disebabkan varian Delta yang lebih mudah menular.

Angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 168,864 kes, tertinggi dalam kalangan negara Eropah.

Namun, kesemua angka itu hanya diambil kira selepas bedah siasat menentukan virus sebagai punca utama kematian tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya