Rumah ibadat pasang bendera Malaysia terbalik, polis mulakan siasatan - Utusan Malaysia

Rumah ibadat pasang bendera Malaysia terbalik, polis mulakan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memanggil penjaga rumah ibadat di Kampung Sungai Buluh, Batu Pahat, Johor yang didakwa memasang bendera terbalik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Muhammad Izzudin Rungai berkata, ini susulan tular di media sosial satu gambar yang memaparkan bendera Malaysia dipasang secara terbalik hari ini.

“Bertindak atas maklumat berkenaan, kita telah ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera tersebut telah diturunkan.

“Pihak polis akan memanggil penjaga rumah ibadat itu dan individu yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya