Rozaimi sah tidak bersama Kedah lagi - Utusan Malaysia

Rozaimi sah tidak bersama Kedah lagi

ROZAIMI ABDUL RAHMAN (tengah) ketika menjalani sesi latihan bersama skuad Hijau Kuning.- IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman sah tidak lagi bermain untuk Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk penamatan kontrak lebih awal, baru-baru ini.

KDA FC menerusi satu kenyataan memaklumkan, penamatan kontrak itu merupakan penyelesaian akhir terhadap permohonan dibuat pemain tersebut, setelah dia diberi peluang selama dua bulan untuk menyelesaikan hal berkaitan peribadi.  

“Selepas lapan bulan bersama, KDA FC telah mencapai persetujuan bersama Rozaimi untuk menamatkan kontrak pemain lebih awal.

“Pihak pengurusan kelab menghormati pendirian beliau walaupun kudrat dan pengalamannya ditagih di bahagian serangan,” katanya.

Rozaimi sebelum ini diikat KDA FC selama setahun bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan setelah empat tahun berkelana di Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Sepanjang berkhidmat di Kedah, pemain yang pernah bergelar ‘wonderkid’ Malaysia itu telah membuat sembilan penampilan dan beraksi selamat 264 minit dengan satu hantarannya telah membantu menghasilkan gol buat KDA FC.

Penampilan terakhirnya adalah ketika membantu KDA FC mencatat kemenangan ke atas Melaka United pada 30 April lalu sebelum ‘kehilangannya’ menjadi tanda tanya kepada peminat terutamanya di media sosial.

Pada 3 Ogos lalu, Rozaimi di laman instagramnya memaklumkan beliau telah membuka perniagaan gunting rambut di Pekan Tanjung Aru, Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya