KUALA LUMPUR: Rombongan kedua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di Istana Negara dengan menaiki sebuah bas bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 12.45 tengah hari ini.
Antara yang dilihat berada di dalam bas tersebut ialah Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith.
Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan. – UTUSAN ONLINE