Robertson terlepas aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris - Utusan Malaysia

Robertson terlepas aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris

ANDY ROBERTSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp mengesahkan bek kirinya, Andy Robertson bakal terlepas aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Norwich City di Carrow Road, Ahad ini.

Pengendali Liverpool itu berkata, Robertson mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki setelah berlanggar dengan pemain Atheletic Club ketika mengharungi aksi pra-musim baru-baru ini.

Tambah Klopp, kecederaan pemain Scotland itu difahamkan tidak serius dan dijangka menyertai semula latihan pasukan dalam tempoh beberapa minggu.

“Pemeriksaan lanjut terhadap Robertson telah pun dilakukan. Berdasarkan laporan, Robertson disahkan mengalami kecederaan ligamen akibat perlanggaran berkenaan.

“Berikutan kecederaan berkenaan, Robertson juga tidak dapat beraksi pada beberapa aksi awal Liverpool kerana difahamkan, kecederaan berkenaan mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

“Setakat ini, saya tidak dapat memberikan jangkaan bilakah Robertson akan sembuh, namun saya jangkakan dalam beberapa minggu,” katanya.

Dalam pada itu, Robertson menerusi Twitter memberitahu, dia sudah menjangkakan perlu diketepikan untuk sementara waktu.

“Terima kasih kepada semua orang atas mesej dan sokongan yang baik. Imbasan menunjukkan tidak ada yang terlalu besar tetapi ada beberapa kerosakan ligamen yang perlu diperbaiki.

“Saya akan berusaha setiap hari untuk pulih bagi membenarkan saya membantu pasukan secepat mungkin,” ujarnya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya