PETALING JAYA: “Bismillahirrahmanarrahim”
Itu lafaz pelakon kesayangan ramai, Remy Ishak, 40, dalam perkongsian terbaharu di Instastorynya sebentar tadi.
Dalam video berdurasi pendek itu, Remy kelihatan segak menyarungkan persalinan baju Melayu serba putih.
Difahamkan pelakon filem Pulang itu kini dalam perjalanan menuju ke Masjid Negara, lokasi yang dikatakan berlangsungnya upacara pernikahan bersama pasangan pilihan, Ezza Yusof.
Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 2017 namun ikatan perhubungan putus pada 2019.
Bagaimanapun hubungan mereka kembali pulih tahun ini.
Pasangan ini sepatutnya mengadakan pernikahan pada Mei lalu, namun terpaksa dibatalkan akibat pandemik Covid-19.