Remaja maut motosikal ditunggangi bertembung kereta

Remaja maut motosikal ditunggangi bertembung kereta

KEADAAN motosikal mangsa yang rosak teruk akibat bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 26, Jalan Jerantut-Hulu Cheka berdekatan Kampung Koi di Jerantut, Pahang. - IHSAN PENDUDUK KAMPUNG KOI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang remaja yang bekerja di bengkel penghawa dingin maut setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 26, Jalan Jerantut-Hulu Cheka berdekatan Kampung Koi, dekat sini semalam.

MUHAMMAD NUR HAQIEMIE

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.55 petang, mangsa Muhammad Nur Haqiemie Suhadi, 18, yang baru pulang dari sebuah bengkel terletak di kawasan perindustrian Jerantut maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Jerantut, Deputi Superintenden Azman Mat Kamis berkata, ketika kejadian itu, remaja berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baharu bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai remaja yang menunggang motosikal itu telah masuk ke laluan bersebelahan lalu bertembung dengan sebuah kereta.

“Akibat pertembungan ini, mangsa maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Kata Azman, kes kemalangan itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya