JAKARTA: Pelakon, Raditya Dika terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang apendiks.
Lapor media tempatan, pelawak berusia 36 tahun ini yang kini ditempatkan di Hospital Pusat Pertamina Jakarta baru-baru ini berkongsi keadaan terkininya di Instagram.
Dia yang ditemani isteri yang juga aktres dan penyanyi, Anissa Aziza sempat memuat naik sekeping gambar dengan aksi mencuit hati di laman media sosial tersebut.
“Detik-detik menjelang berpisah dengan usus buntu (apendiks bengkak),” tulisnya.
Lebih melucukan apabila pelakon Cinta Brontosaurus ini, sempat memuat naik video gurauan bersama isterinya di Instagram sebelum menjalani pembedahan.
“Hari ini saya akan menjalani pembedahan membuang apendiks bengkak, tetapi isteri saya pula memakai pakaian seperti ini.
“Kamu kenapa berpakaian seperti ini dengan gambar orang sedang ketawa. Kenapa begini bajunya,” katanya berseloroh.