Program kebajikan, agihan zakat diteruskan  - Utusan Malaysia

Program kebajikan, agihan zakat diteruskan 

IDRIS Ahmad (tengah) menyaksikan penyampaian cek replika 100 bakul makanan sumbangan LHDN bernilai RM10,000 di bawah inisiatif Dapur It'am di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya. - IHSAN JAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Program-program bantuan kebajikan termasuk agihan zakat yang dilaksanakan di bawah portfolio Hal Ehwal Agama sebelum ini diteruskan seperti biasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, beliau akan berbincang dengan agensi-agensi berkaitan bagi meneruskannya kerana ia adalah salah satu daripada program-program kebajikan yang perlu dilakukan.

Beliau berkata, soal kebajikan juga adalah salah satu bentuk dakwah kepada masyarakat.

“Ia sudah dilaksana sebelum ini dan saya akan teruskan program-program itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Daging Lembu dan Dapur It’am Merdeka di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini hari ini.

Ditanya mengenai tempoh 100 hari ditetapkan Perdana Menteri untuk melihat pencapaian awal setiap kementerian, Idris berkata, ia bergantung kepada hasil kerjasama baiknya dengan agensi-agensi di bawah porfolionya itu.

“Insya-Allah, saya akan pantau supaya dan capai apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri.

“Ini bukan masa ‘honey moon’ (bulan madu). Saya kena bekerja kuat untuk pastikan supaya kebajikan rakyat dijaga dan mendekatkan orang dengan Islam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya