PPV bergerak guna bas bomba tingkatkan vaksinasi - Utusan Malaysia

PPV bergerak guna bas bomba tingkatkan vaksinasi

AHMAD Nazmi Halil (dua, dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada Nawal pada Majlis Penyerahan Bas Pameran Bergerak (Bomba) di PVV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di SK (Felda) Lui Selatan, Jempol hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengambil inisiatif menyediakan bas bagi membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin ke kawasan pendalaman sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak.

Pemangku Ketua Zon 3 Jempol, JBPM Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba, Ahmad Nazmi Halil berkata, kemudahan dengan menggunakan Bas Pameran Bergerak (Bomba) itu adalah bagi memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan ketika ini di seluruh negara berjaya.

“Ini julung kalinya bas yang digunakan untuk pameran bomba akan digunakan untuk pemberian vaksin di negeri ini. Kemudahan ini juga akan diteruskan di lokasi lain bergantung kepada permintaan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau permintaan pihak berkaitan.

“Kami harap agar usaha ini akan dapat melancarkan lagi kadar vaksinasi penduduk khususnya di kawasan pedalaman,” katanya pada Majlis Simbolik Penyerahan Bas Pameran Bergerak (Bomba) di PVV Bergerak Peringkat Daerah Jempol di Sekolah Kebangsaan (SK) (Felda) Lui Selatan, di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Mohd. Razi Mohd Ali, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol merangkap Pegawai Daerah Jempol, Nawal Mohamed Amin dan Penyelaras PPV Daerah Jempol, Dr. Ismul Adham Zaini.

Sementara itu, Nawal berkata, program berkenaan merupakan program ke-30 yang dilaksanakan bagi (PICK) di sekitar daerah ini bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk berusia 18 tahun telah lengkap divaksin menjelang Oktober ini.

Menurutnya, kemudahan bas berkenaan akan dimanfaatkan oleh kira-kira 600 penduduk di penempatan Felda terbabit dan kawasan berhampiran selama dua hari.

“Ini secara tidak langsung akan membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin kepada penduduk di sini. Sehingga kini, sebanyak 56,427 penduduk telah menerima dos pertama dan 36,466 penduduk telah lengkap menerima suntikan vaksin.

“Seramai 92,700 penduduk telah mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin di daerah ini dan secara keseluruhannya sebanyak 39.3 peratus penduduk telah lengkap menerima vaksin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya