Polis rampas dadah bernilai RM3.89 juta - Utusan Malaysia

Polis rampas dadah bernilai RM3.89 juta

ARJUNAIDI Mohamed (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan dadah dengan berat keseluruhan sebanyak 108.9 kilogram yang dirampas dalam dua operasi oleh JSJ Bukit Aman pada 6 dan 8 Ogos di Gombak dan Cheras, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas barang terlarang jenis syabu atau methamphetamine bernilai RM3.89 juta dalam dua siasatan berasingan di Gombak dan Cheras.

Menerusi serbuan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, polis turut menyita aset terdiri daripada wang tunai sebanyak RM12,970, tujuh buah kenderaan, barang kemas dan akaun bank dengan jumlah keseluruhan bernilai RM495,000.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang memaklumkan keseluruhan dadah yang dirampas adalah seberat 108.9 kilogram (kg) dipercayai untuk pasaran di Lembah Klang dan boleh digunakan seramai 216,180 penagih.

“Pada 6 Ogos lebih kurang pukul 3 petang pasukan daripada JSJ Bukit Aman menangkap tiga lelaki di kawasan perumahan Batu Cave dan merampas sebuah kereta Perodua Bezza dengan 97 bungkusan berisi dadah methamphetamine anggaran berat keseluruhan 100.74 kg dan kita juga turut menangkap empat lelaki lagi di empat lokasi berlainan di kawasan Gombak dan Cheras.

“Bagi kes kedua, pada 8 Ogos, kita menahan dua buah kenderaan jenis Toyota Estima dan Volkswagen Passat serta menangkap dua lelaki dan dua wanita dekat kawasan lot parkir di sebuah pasar raya di Ampang.

“Hasil pemeriksaan, kita merampas tujuh bungkusan plastik berwarna hijau yang mempunyai bahan disyaki sebagai dadah jenis methamphetamine dengan berat keseluruhan 7.35 kg,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, dalam serbuan pertama, tujuh orang berusia 26 dan 48 tahun ditahan, lima daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah. Selain itu tiga daripada mereka juga didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.

Bagi serbuan kedua pula empat lapan lelaki dan seorang wanita ditahan di enam lokasi berbeza.

“Tangkapan keseluruhan dalam kes kedua adalah tujuh lelaki dan empat wanita yang berusia antara 27 hingga 65 tahun dan semakan rekod mendapat tujuh suspek ini mempunyai rekod jenayah dan juga dadah manakala tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian urin, tiga mereka adalah positif methamphetamine,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ajunaidi memaklumkan sindiket pengedaran itu dikesan aktif kira-kira enam bulan ke setahun dan kesemua suspek adalah warga tempatan dan masih direman.

Katanya, kes sedang disiasat dan suspek akan didakwa di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya