PM baharu: Serahkan kepada kebijaksaan Agong - TYT Melaka - Utusan Malaysia

PM baharu: Serahkan kepada kebijaksaan Agong – TYT Melaka

MOHD. ALI MOHD. RUSTAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Rakyat dan semua pemimpin politik diminta bertenang serta menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalan urusan melantik Perdana Menteri baharu.

Demikian kata Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam yang menjunjung kasih dan menyokong penuh Seri Paduka dalam usaha baginda menangani kemelut kepemimpinan negara.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat baktinya sebagai Perdana Menteri Kelapan.

“Saya berharap kepada semua rakyat dan kepemimpinan bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Seri Paduka untuk melantik Perdana Menteri yang baharu.

“Insya-Allah dengan kebijaksanaan Seri Paduka dan titipan doa kita semua, mudah-mudahan kemelut ini dapat diselesaikan dengan segera dan Perdana Menteri yang baharu dapat dilantik.

“Saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin atas khidmat bakti sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelapan,” katanya dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Istana Melaka di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin hari ini memaklumkan, beliau menyembah warkah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kata beliau, perkara itu setelah beliau hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Al-Sultan Abdullah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya