Pesakit melecur bilik isolasi Hospital Slim River terbakar - Utusan Malaysia

Pesakit melecur bilik isolasi Hospital Slim River terbakar

KATIL di bilik isolasi di Hospital Slim River terbakar dan menyebabkan seorang pesakit lelaki melecur di tangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang pesakit lelaki melecur di bahagian tangan setelah bilik isolasi di Hospital Slim River terbakar hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian itu, tiada pesakit lain yang menerima rawatan di bilik yang berada di tingkat lima hospital berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, Mohd. Fazrul Azuan Norman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 7.42 malam.

Katanya, setibanya di lokasi, kebakaran didapati melibatkan tangki oksigen (oxygen pressure regulator 02) namun telah dipadamkan kakitangan hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Kebakaran di bilik isolasi itu telah dipadamkan oleh kakitangan hospital menggunakan alat pemadam api.

“Anggota telah diarahkan membuat ‘size up’ (penilaian keadaan) bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kebakaran menyebabkan kemusnahan kira-kira lima peratus di bilik isolasi berkenaan.

“Seorang pesakit lelaki berusia 48 tahun melecur sembilan peratus di tangan dan operasi tamat pada pukul 8.55 malam,” katanya di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya