Pertama kali penyu mendarat dan bertelur di Pantai Batu Buruk

Pertama kali penyu bertelur di Pantai Batu Buruk

RANI Awang (dua dari kiri) membantu anggota Jabatan Perikanan negeri mencari telur penyu di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kehadi­ran penyu agar di Pantai Batu Buruk di sini semalam mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya pendaratan penyu direkodkan di destinasi tumpuan pelancong itu.

Lebih istimewa apabila penyu muda yang dianggarkan berusia antara 15 hingga 18 tahun itu sempat menghasilkan 49 telur sebelum kembali ke habitatnya.

Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, reptilia marin itu dilaporkan naik bertelur berhampiran Hotel Primula pada pukul 7 malam dan selesai kira-kira dua jam kemudian.

BERAT dan saiz penyu tidak dapat ditentukan memandang­kan ibu penyu sudah turun ke laut semasa pegawai tiba.

“Berat dan saiz penyu tidak dapat ditentukan memandang­kan ibu penyu sudah turun ke laut semasa pegawai tiba, namun kita menganggarkan usianya antara 15 ke 18 tahun berdasarkan pada saiz trek dan jumlah telur,

“Mengikut rekod jabatan, tia­da pendaratan penyu pernah dilaporkan di Pantai Batu Buruk hingga kini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Ruzaidi berkata, kesemua te­lur berkenaan kemudian dibawa ke Pusat Konservasi dan Pene­rangan Penyu (TCIC) di Rantau Abang, Dungun untuk pengeraman.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan orang awam agar tidak mengganggu rep­tilia marin itu semasa naik ke darat atau turun ke laut.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh didakwa mengikut Seksyen 12B Enakmen Penyu 1951 (pindaan 1987) dengan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, kerja-kerja men­cari telur penyu berkenaan turut dibantu Pengasas Konservasi Penyu Marang, Rani Awang di samping beberapa orang awam yang teruja melihat situasi tersebut secara dekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya