Perak FC belum kibar bendera putih - Utusan Malaysia

Perak FC belum kibar bendera putih

PEMAIN tengah Perak, Samir Ayass (tengah) cuba mendapatkan bola dalam perlawanan Liga Super yang menyaksikan skuad Bos Gaurus tewas 0-2 kepada UiTM FC, Sabtu lalu.- IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC masih menaruh kepercayaan dapat kekal dalam Liga Super tahun depan.

Berbaki empat perlawanan, Pengurus Besar Perak FC , Azman Noh berkata, pasukan The Bos Gaurus belum angkat bendera putih tanda kalah.

” Ada empat perlawanan lagi. Saya yakin pasukan masih punyai peluang. Perak tidak mengaku kalah selagi masih ada ruang untuk menyelamatkan diri.

“Kami bernasib baik kerana pasukan yang terbabit dalam persaingan menyelamatkan diri iaitu Melaka United dan Sri Pahang juga tidak menang minggu lalu.

“Pemain Perak perlu yakin dengan diri mereka dan terus berjuang mencari kemenangan dalam dua perlawanan walaupun sukar kerana bertemu pasukan kuat,” kata Azman.

Mengakui kekalahan kepada 0-2 UiTM FC Sabtu lalu merentap semangat Perak serta sebagai petunjuk kelemahan pasukan. 

Katanya, ketua jurulatih sementara, Shahril Nizam Khalil telah lakukan yang terbaik berdasarkan bahan  yang ada.

“Sebelum perlawanan itu kita jangka mampu mengutip mata tetapi malangnya yang terjadi sebaliknya,” katanya.

Berkaitan gaji tertunggak Azman berkata, ia akan dilangsai sebelum  perlawanan dengan Selangor FC, nanti.

“Saya berharap pemain bersabar dan terus memberi tumpuan terhadap tugasan mereka,” katanya .

Justeru, beliau juga menyeru seluruh peminat terus memberi sokongan serta berdoa  agar Perak FC kekal dalam Liga Super tahun depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya