Perak di ambang jatuh ke Liga Perdana - Utusan Malaysia

Perak di ambang jatuh ke Liga Perdana

PENYERANG import Perak Sergio Aguero tertunduk kecewa selepas tewas kepada UiTM. - IHSAN FB Perak FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kekalahan 0-2 Perak kepada UiTM dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi meletakkan skuad The Bos Gaurus semakin hampir untuk beraksi di Liga Perdana musim depan.

Bagaimanapun, kemenangan yang diraih UiTM tidak mengubah kedudukan mereka dalam carta liga namun menghadiahkan tiga mata pertama buat skuad kendalian Frank Benhard selepas mengharungi 17 perlawanan.

Perak kekal di kedudukan kedua tercorot selepas mengumpul 13 mata dan dibezakan empat mata dari Sri Pahang dan Melaka United yag menghuni tangga kesembilan dan 10 liga.

Pada aksi itu, UiTM membuka tirai jaringan menerusi Sean Giannelli pada minit ke-30 dan Shafiq Al-Hafiz Dawawi menggandakan jaringan pada minit ke-75.

UiTM kekal di kedudukan tercorot dengan lima mata selepas mencatat dua seri dan satu menang dalam 17 perlawanan Liga Super musim ini.

Sementara itu, pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur City memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri selepas mencipta kemenangan 1-0 ke atas Petaling Jaya City dengan jaringan tunggal dijaringkan oleh kapten dari Brazil Paulo Josue pada minit ke-31.

Keputusan itu meletakkan KL City di kedudukan keenam selepas mengumpul 24 mata, manakala PJ City di tangga kelapan dengan 18 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya