JAKARTA: Legenda lagu-lagu Minang Indonesia, Elly Kasim Ali Umar yang juga penyanyi asal lagu malar segar, Ayam Den Lapeh menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 3.48 pagi (waktu tempatan) di sebuah hospital di Jakarta.
Allahyarham Elly Kasim meninggal dunia di usia 76 tahun selepas dimasukkan ke hospital dipercayai akibat masalah pencernaan.
Bintang legenda Indonesia ini cukup popular dengan lagu Ayam Den Lapeh yang pernah dirakam semula oleh Anita Sarawak.
Sepanjang kariernya, Allahyarham berjaya menghasilkan 100 album solo.