Penutupan maahad tahfiz selari arahan MKN - Utusan Malaysia

Penutupan maahad tahfiz selari arahan MKN

MOHD. YUSOP HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penutupan sekolah-sekolah di negeri ini termasuk 60 maahad tahfiz swasta yang berdepan risiko ditutup adalah selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, penutupan sementara waktu itu bagi mengurangkan risiko penularan kes jangkitan Covid-19 di sekolah.

Bagaimanapun, katanya, sesi pembelajaran secara dalam talian tetap diteruskan melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Arahan penutupan sekolah-sekolah tahfiz adalah selari dengan arahan MKN berhubung dengan kawalan penularan virus Covid-19.

“Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), tadika, sekolah menengah tahfiz negeri, sekolah menengah kerajaan negeri turut menjalankan proses pendidikan secara PdPR,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap), Mohd. Azlan Suhaimi yang mendakwa 60 maahad tahfiz di Perak berdepan risiko ditutup selepas tidak dapat beroperasi dalam tempoh pandemik Covid-19 sejak Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN