Peniaga dicekup jual rokok seludup, jadikan rumah stor

Peniaga dicekup jual rokok seludup

ROKOK seludup yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Kuala Slim di Slim River semalam. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang peniaga berputih mata apabila tidak sempat mengaut keuntungan daripada hasil penjualan rokok seludup selepas ditangkap di sebuah rumah di Kampung Kuala Slim, Slim River semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim pada pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam tangkapan itu, 297 karton rokok pelbagai jenama ditemui dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM12,839.

Katanya, siasatan mendapati, lelaki yang juga peniaga itu menjual rokok seludup sejak setahun lalu dengan menjadikan rumahnya sebagai tempat penyimpanan rokok berkenaan.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dari mana rokok seludup itu diperolehi selain cara dan laluan yang digunakan suspek untuk membawa rokok itu ke daerah Muallim.

“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya