Pengerusi koperasi direman salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Pengerusi koperasi direman salah guna kuasa

PENGERUSI koperasi direman seminggu bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pengerusi sebuah koperasi di Terengganu direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa, empat tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Wan Aziantie Wan Abd. Karim@Isa, di Mahkamah Majistret di sini.

Pengerusi berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kira-kira pukul 3.50 petang semalam.

Menurut sumber, lelaki itu disyaki menggunakan jawatannya untuk melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi berkenaan pada 2018.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya