Penerima diingat jangan buat ujian antibodi Covid-19 - KJ - Utusan Malaysia

Penerima diingat jangan buat ujian antibodi Covid-19 – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan tidak menjalankan ujian antibodi vaksin Covid-19 untuk mengkaji tahap keberkesanannya terhadap tindak balas imun.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia juga masih diperhalusi kerana tiada garis panduan klinikal dikeluarkan setakat ini untuk ujian antibodi mana yang boleh hasilkan keputusan tepat.

Malah katanya, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat juga tidak menggalakkan keadah berkenaan.

“Kementerian Kesihatan akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat (mengenai perkara itu). Masih tidak ada garis panduan klinikal untuk ujian antibodi mana yang boleh hasilkan keputusan yang tepat.

“Saya harap orang ramai tidak akan menjalankan ujian antibodi kerana banyak perkara yang masih lagi kita tidak tahu mengenai tindak balas imun yang kita dapat dari vaksin Covid-19,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksinasi Integrasi (PPVI) Persada PLUS di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal melaporkan tiga individu termasuk seorang peguam, mendakwa bahawa antibodi terhadap Covid-19 tidak dikesan dalam badan mereka setelah menerima dua dos vaksin Sinovac.

Tambah Khairy, hasil kajian itu katanya akan didedahkan kepada orang ramai sebaik sahaja menerima keputusan.

Dalam pada itu, Khairy berkata, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar esok dan akan memberi taklimat kepada kerajaan negeri mengenai perancangan dalam memastikan peningkatan kes di negeri itu dapat dikawal melalui pelbagai strategi vaksinasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya