Penembak muda China bidik rekod dunia - Utusan Malaysia

Penembak muda China bidik rekod dunia

PENAMBAK China, Zhang Changhong meraikan kejayaan memenangi pingat emas dalam acara 50m rifle 3 posisi Sukan Olimpik 2020 Tokyo, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Penembak muda China, Zhang Changhong memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2020 dengan rekod dunia dalam acara 50 meter rifle 3 posisi, sebentar tadi.

Berusia 21 tahun, Changhong membidik purata 466 mata sekali gus mengatasi rekod terdahulu yang dipegang rakan senegaranya, Yang Haoran dengan 465.3 mata pada 2018.

Kejayaan tersebut menjadikan Changhong muncul penembak termuda dalam acara itu memenangi emas Olimpik.

Sergey Kamenskiy dari Rusia merangkul perak selepas mencatat 464.2 mata, manakala penembak Serbia, Milenko Sebic memperoleh gangsa (448.2 mata).

“Saya hanya kekal fokus terhadap posisi dan aksi saya berbanding memerhatikan pencabar lain.

“Saya mengelap peluh di kening, kemudian terus fokus kepada teknik dan tidak mempedulikan keadaan penembak lain,” katanya yang mendapat sentuhan daripada jurulatih Du Li, juga pemenang Olimpik dua kali.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya