Pemergian Siti Sarah, PM turut bersedih - Utusan Malaysia

Pemergian Siti Sarah, PM turut bersedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah kepada pelawak popular, Shamira Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan Shuib atas pemergian isterinya, Siti Sarah Raisuddin akibat Covid-19.

Menerusi laman Facebook, Muhyiddin mendoakan supaya semua rakyat Malaysia terus tabah menghadapi pandemik Covid-19.

“Takziah saya ucapkan kepada Shuib atas pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, yang meninggal dunia akibat Covid-19 awal pagi ini.

“Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang memerangi pandemik ini. Insya-Allah,” katanya dalam catatan Facebook itu.

Pagi tadi, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah pada pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.

Muhyiddin berkata, dirinya turut merasakan kesedihan seperti mana rakyat Malaysia yang lain selepas mendapat tahu tentang berita itu.

“Khabar duka kehilangan anak seni yang cukup berbakat ini meninggalkan suami, empat anak termasuk seorang bayi dalam keadaan Allahyarham bertarung nyawa di hospital, amat memilukan.

“Bukan sahaja ahli keluarga dan para peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN