Pemburu haram dicekup, senapang dan syabu dirampas - Utusan Malaysia

Pemburu haram dicekup, senapang dan syabu dirampas

TIGA pemburu haram ditahan bersama senapang buatan sendiri dan syabu di Hutan Simpan Sapulut, Keningau, Sabah. - IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hasrat tiga lelaki keluar memburu secara haram tidak kesampaian apabila kenderaan milik mereka ditahan di kawasan Hutan Simpan Sapulut, Keningau, semalam.

Ketiga-tiga lelaki itu ditahan dalam Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 1 pagi semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, pihaknya turut merampas selaras senapang buatan sendiri jenis ‘bakakuk’ dan tiga paket plastik berisi dadah jenis syabu.

Beliau berkata, kesemua lelaki berusia 19 hingga 25 tahun itu ditahan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika pasukan penguat kuasa melakukan rondaan di Batu 63, Hutan Simpan Sapulut.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan yang mencurigakan itu membawa kepada penemuan senjata api buatan sendiri, peluru dan dadah jenis syabu.

“Kesemua suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Jelas Mohd. Abduh, semua barangan yang dirampas termasuk kereta, motosikal dan senjata api dianggarkan bernilai RM56,165.

Tambahnya, kes itu akan diserahkan kepada IPD Keningau dan IPD Kinabatangan untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya