Pembantu tadbir kewangan IPD Klang Utara didakwa pecah amanah - Utusan Malaysia

Pembantu tadbir kewangan IPD Klang Utara didakwa pecah amanah

Encorp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pembantu tadbir kewangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan melakukan pecah amanah terhadap wang kutipan berjumlah RM22,234 antara 7 Januari 2020 sehingga 14 Jun tahun sama.

Tertuduh, Nurul Shima Mohd. Jelani, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang bekerja sebagai pembantu tadbir kewangan di IPD Klang Utara didakwa melakukan pecah amanah apabila tidak memasukkan hasil kutipan berjumlah RM22,234 ke dalam akaun Maybank Perbendaharaan Negeri Selangor.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di IPD Klang Utara antara 7 Januari 2020 sehingga 14 Jun 2020.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali manakala tertuduh diwakili peguam bela, Aiman Abdul Rahman.

Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dengan kes disebut semula pada 24 September ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya