Pemandu treler meninggal dunia dalam kenderaan - Utusan Malaysia

Pemandu treler meninggal dunia dalam kenderaan

KERJA-kerja nyah kuman dilakukan dalam treler susulan pemandunya ditemukan meninggal dunia ketika kenderaan itu diparkir di bahu jalan di Kampung Tok Gebok, Ajil di Hulu Terengganu hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pemandu treler berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan yang diparkir di bahu jalan di Kampung Tok Gebok, Ajil di sini hari ini.

Mangsa, Wan Mohd. Rudi Wan Yusoff dari Pulau Kerengga, Marang didapati tidak sedarkan diri selepas dikejutkan kelindan daripada tidur.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd; Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.25 pagi.

“Mangsa yang dalam perjalanan ke Aring, Kelantan dikatakan berhenti seketika di tepi jalan pada pukul 2 pagi kerana menunggu kedai buka bagi menukar tayar treler berkenaan.

“Mangsa ada mengadu sesak nafas kepada kelindan semasa dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd. Rudi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Ajil pada pukul 10.55 pagi dan mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya