Pelantikan Nik Muhammad Zawawi satu pengiktirafan kepada bidang pertanian - Utusan Malaysia

Pelantikan Nik Muhammad Zawawi satu pengiktirafan kepada bidang pertanian

NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pelantikan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Nik Muhammad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri ll Pertanian dan Industri Makanan adalah satu pengiktirafan kepada kepimpinan individu dalam bidang pertanian.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Dr.Abdul Razak Khasbullah, pelantikan tersebut membuktikan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadikan Kabinet beliau bekerja dengan berkesan untuk rakyat.

“Walaupun sebagai Timbalan Menteri ll, saya yakin beliau dapat bekerjasama dengan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee untuk menjayakan bidang pertanian dan makanan negara.

“Pengalaman Nik Muhammad Zawawi dan Ronald Kiandee sudah pasti dapat memberi manfaat kepada warga petani kerana keduanya sudah lama berada di dalam bidang tersebut,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Jalan Waja, Teluk Panglima Garang hari ini.

Pelantikan Nik Muhammad Zawawi dan Ronald Kiandee ke dalam Kabinet diumumkan oleh Ismail Sabri pukul 11 hari ini.

Abdul Razak berkata, pada saat pandemik Covid-19 masih lagi belum reda, pelantikan Nik Muhammad Zawawi dan Ronald Kiandee ibarat sirih pulang ke gagang.

Mengulas mengenai pelantikan Datuk Seri Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, katanya, tugas berat menanti beliau untuk memastikan harga kelapa sawit kekal tinggi.

“Harga kelapa sawit pernah jatuh dan naik semula sepanjang tiga tahun ini. Hubungan baik dengan negara luar perlu dikekalkan agar kelapa sawit terus kekal dan menjadi komoditi pilihan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya