Pelantikan Ismail Sabri tamatkan isu keabsahan kerajaan 

Pelantikan Ismail Sabri tamatkan isu keabsahan kerajaan 

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri berharap pelantikan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menamatkan isu berbangkit mengenai keabsahan kerajaan baharu yang bakal dibentuk.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua pihak diharapkan dapat menjalin permuafakatan yang jitu dengan penuh tanggungjawab untuk memberi tumpuan terhadap usaha membawa rakyat segera keluar dari krisis yang membelenggu rakyat selama hampir dua tahun.

“Semoga pentadbiran baharu negara ini akan sentiasa beroleh petunjuk, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT serta dihindari daripada musibah yang boleh menyebabkan kacau ganggu terhadap usaha menjaga kepentingan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan dan kecekapan menyelesaikan konflik politik negara dalam kadar waktu yang singkat.

“Kerajaan Kedah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri yang mendapat perkenan Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah sebagai Perdana Menteri Malaysia Kesembilan,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmat bakti sepanjang menerajui pentadbiran negara selama hampir 18 bulan terutama atas kerja keras dan komitmen beliau mengemudi kerajaan menangani pandemik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya