Pelantikan Ahmad Faizal tepat, jamin impak positif bantu PM - Utusan Malaysia

Pelantikan Ahmad Faizal tepat, jamin impak positif bantu PM

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dilantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.

Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu adalah tepat dan akan menjamin impak positif dalam membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Ahmad Faizal dapat membantu Perdana Menteri untuk memperkasakan urus tadbir negara dengan lebih sempurna di samping mendukung Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bersatu Perak juga yakin dengan komitmen Ahmad Faizal dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

“Berdasarkan pengalaman Ahmad Faizal yang luas, ia akan menjadi aset penting dalam merekayasa pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini mengumumkan pelantikan Ahmad Faizal sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.

Timbalan Presiden Bersatu yang juga bekas Menteri Besar Perak itu akan bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya