Pejalan kaki tanpa identiti maut dilanggar  - Utusan Malaysia

Pejalan kaki tanpa identiti maut dilanggar 

KEADAAN mangsa pejalan kaki maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 1.3 Lebuh Raya  Lembah Klang Selatan (SKVE). 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang pejalan kaki menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 1.3 Lebuh Raya  Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari ittu, mangsa seorang lelaki yang identitinya belum dikenal pasti mengalami pelbagai kecederaan di anggota badan selepas terpelanting ke atas bumbung kereta terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad berkata, siasatan mendapati, sebelum kejadian kereta jenis Perdana yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an sedang perjalanan dari arah Kajang menghala ke Puchong dan dipandu di lorong paling kanan. 

“Bagaimanapun, sampai di KM 1.3 Lebuh Raya SKVE, tiba-tiba pejalan kaki tadi terus melintas di hadapan laluan kereta dari kiri ke kanan jalan hingga menyebabkan pemandu kereta terbabit tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa. 

“Akibat perlanggaran itu, mangsa terpelanting ke atas bumbung kereta dan mengalami kecederaan pelbagai pada anggota badan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini. 

Md. Noor Aehwan berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. 

“Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa tersebut,” katanya. 

Jelas beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN