PDRM zahir tahniah atas pelantikan Menteri, Timbalan Menteri KDN - Utusan Malaysia

PDRM zahir tahniah atas pelantikan Menteri, Timbalan Menteri KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, syabas diucapkan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Syabas juga diucapkan kepada Datuk Seri Ismail Mohamed dan Jonathan Yasin atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

“PDRM akan terus kekal komited dalam memikul amanah dipertanggungjawabkan dalam menjaga keselamatan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan masyarakat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, Hamzah, Ismail dan Jonathan antara Menteri dan Timbalan Menteri mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat yang bermula pukul 2.30 petang itu turut dihadiri Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN