Patriot Bangsa Malaysia satukan 20 artis baharu - Utusan Malaysia

Patriot Bangsa Malaysia satukan 20 artis baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut dalam norma baharu tidak lama lagi, syarikat produksi muzik tempatan CTONE Studio mengambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah projek khas dikenali sebagai Patriot Bangsa Malaysia.

Menerusi projek ini, sebuah lagu tribute yang diberi judul Malaysia Ku Tercinta ciptaan enam komposer, Alif Azhari, Encik Mattao, Faisal Firdaus, Ezad Shazrul, Faliq Fauzi dan Safiza Afian berjaya menggabungkan 20 orang penyanyi baharu yang berbeza latar belakang kerjaya.

Menariknya lagi,sebahagian besar daripada 20 orang penyanyi ini juga merupakan pelbagai anggota petugas barisan hadapan selain pernah tular di media sosial dan menyertai program realiti di beberapa buah stesen televisyen tempatan.

Mereka terdiri daripada Adzham Adnan, Alif Azhari, Aniq Muhai, Dean, Jaria, Jaswan Abdullah, Jesyln Khoo, Aiman Sidek dan Encik Mattao.

Turut terlibat memberi sokongan adalah peserta dari Kilat Idol 2019; Mohd Azad, Faisal Firdaus, Khai Sani, Lutfi Voice of Men, Ajude, Sinar Rahman, Norzie, Ebba Khan, Ieqa, Yura Reduan serta Kajol Zuraidah.

Mewakili semua, komposer dan penyanyi, Alif Azhari melahirkan rasa gembira apabila semua penyanyi ini sudi bekerjasama dan meluangkan masa meski ada antaranya sibuk dengan kerja dan komitmen menjaga keselamatan negara dan kesihatan masyarakat.

“Patriot Bangsa Malaysia adalah nama sebuah projek inisiatif dari kami, CTONE Studio dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dalam menghasilkan karya seni muzik dalam bentuk audio video.

“Projek ini merupakan salah satu daripada projek amal produksi kami di mana bakat-bakat baharu akan diketengahkan dalam sebuah lagu yang bertemakan kenegaraan dan patriotism disamping menambah karya-karya terkini dalam industri muzik negara,”katanya.

Kongsi Alif lagi, dia juga berdepan dengan cabaran berikutan lagu ini dirakam dan dihasilkan secara berasingan dengan setiap penyanyi tersebut menghantar audio nyanyian mereka sendiri.

“Agak mencabar bagi produksi apabila lagu ini dirakamkan dari kediaman dan tempat pekerjaan masing-masing menggunakan peranti peribadi atas sebab kekangan mobiliti.

“Bagaimanapun, atas komitmen dan kerjasama semua peserta dan pihak produksi, kami semua dapat menghasilkan sebuah lagu patriotik baharu untuk diabadikan dalam industri muzik walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Diharapkan lagu ini dapat memberi suntikan semangat untuk rakyat Malaysia dan menjadi harapan untuk menempuh satu era yang lebih sihat dan positif. Moga terus tabah dan kuat dalam mengharungi pandemik yang kian berleluasa,”katanya.

Lagu Malaysia Ku Tercinta terbitan CTONE Studio turut mendapat kerjasama MY Music Lab Records, Pondok Rahmat Project, Badan Amal Darul Mustafa dan MY Cyber Studios kini boleh dilayari di laman YouTube CTONE Studio Channel bermula semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya