Pasar Awam Bayan Baru ditutup, peniaga positif Covid-19  - Utusan Malaysia

Pasar Awam Bayan Baru ditutup, peniaga positif Covid-19 

ANGGOTA Bahagian Perlesenan MBPP ketika menjalankan kerja-kerja penutupan Pasar Awam Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pasar Awam Bayan Baru di sini diarah tutup mulai  hari ini berikutan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan peniaga. 

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Ar Yew Tung Seang berkata, arahan penutupan pasar awam terbabit dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa pukul 2 petang ini. 

Menurutnya, tempoh penutupan dimaklumkan kelak sehingga siasatan selesai  dijalankan. 

“Sebanyak 159 gerai di pasar awam berkenaan diarah tutup hari ini ekoran terdapat 11 kes positif penularan jangkitan Covid-19 melibatkan peniaga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, proses sanitasi turut melibatkan pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Balai Rakyat Bayan Baru yang terletak di aras atas pasar berkenaan. 

Bagaimanapun jelasnya, PPV berkenaan beroperasi seperti biasa. 

“Kita sarankan  orang ramai agar lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain dalam bersama-sama membantu mengekang penularan jangkitan wabak ini. 

“Sentiasa mengenakan pelitup muka dan amalkan penjarakkan fizikal yang selamat,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya