Pas nafi khabar angin keluar PN - Utusan Malaysia

Pas nafi khabar angin keluar PN

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pas menafikan berita tular mengatakan parti itu menarik sokongan dan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan serta-merta.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan perkara itu dalam akaun Twitter beliau hari ini.

“Palsu,” ciapan beliau dengan memuatn aik hantaran poster berita palsu itu.

Terdahulu, tular satu poster mendakwa Pas menarik sokongan dan keluar daripada PN dengan serta-merta dan berunding dengan mana-mana parti politik bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti kukuh serta stabil seiring Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya