Parti liar : 17 orang termasuk 2 bawah umur khayal dadah ditahan - Utusan Malaysia

Parti liar : 17 orang termasuk 2 bawah umur khayal dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 17 individu termasuk dua orang di bawah umur yang khayal dadah ditahan dalam parti liar di sebuah inap desa di Kuala Nerus, awal pagi ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, mereka yang ditahan ialah 13 lelaki dan empat wanita berusia antara 16 hingga 25 tahun.

Katanya, semasa serbuan dibuat kesemua remaja berkenaan tidak menyedari kehadiran pihak polis kerana di bawah pengaruh dadah.

“Pemeriksaan menjumpai satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 50 gram dan 24 biji pil ekstasi.

“Kesemua dadah itu akan digunakan kumpulan remaja berkenaan untuk berkhayal dan berhibur dengan memasang muzik yang kuat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rohaimi, ujian saringan air kencing mendapati 16 daripadanya positif dadah jenis methamphetamine termasuk dua bawah umur itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di samping Peraturan 17, Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya