Parah ditetak dengan golok, pedang ketika cari burung hilang - Utusan Malaysia

Parah ditetak dengan golok, pedang ketika cari burung hilang

KEADAAN seorang lelaki yang parah ditetak menggunakan golok dan pedang di Kampung Pauh Jabit, Tawang, Bachok petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Putus ibu jari kanan selain luka terbelah di kepala, betis kanan dan lutut kiri akibat ditetak tiga lelaki dengan golok dan pedang.

Itu harga mahal perlu dibayar lelaki berusia 42 tahun ketika mencari burung murai cerek miliknya yang dicuri, dalam kejadian di Kampung Pauh Jabit, Tawang, di sini kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa pergi ke belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Yunus untuk mencari pemuda bernama Farid yang disyaki mencuri burungnya.

“Lokasi tersebut merupakan rumah rakan Farid yang bernama Jiji, namun Farid tiada di situ menyebabkan mangsa bertindak menggari Jiji untuk dijadikan tebusan. Ekoran itu, dia diserang tiga suspek dengan golok dan pedang sehingga cedera.

“Mangsa rebah di lokasi dan dihantar ke Klinik Kesihatan Beris Kubur Besar sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Mohamad Ismail, susulan kejadian tersebut, polis sedang giat memburu tiga suspek yang dikenali sebagai Jiji, Jimi serta seorang lagi rakan mereka bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya